Wednesday, May 27, 2009

Ruang 3 : Selera tetamu..

Kat sini Ummi tak bagi buat kerja. Ummi takut meja tu calar. Ummi kata buat kerja kat meja jepun di dapur. Sebab tu le meja ni jarang bersepah.. bukan ummi kedekut, tapi nak anak - anak Ummi belajar hargai apa yang kita ada..ayah pun Ummi tak bagi buat kerja kat sini..kalau ayah lagi la teruk ayah sepahkan..lepas tu merungut le tu..kata kita tak kemas..yang tukang sepahnya Ayah..

Ruang 2 : Ummi,Ayah n famili tenang..

Pagi, petang dan malam santai di sini. Puas juga Ummi n Ayah nak siapakan kolam mini..tapi tak tahan nya sikodok pun rajin juga berkunjung..alahai..dah brape kali Ummi melompat..ingatkan sikodok..rupanya ayah balingkan stokin..

Monday, May 25, 2009

Bahana berdiri lama sangat kilatkan kuali..

Ayah tak habis lagi kutuk Ummi pasal kilatkan kuali..ha tengok, Ummi dah kena urut kaki sbb lama sangat berdiri kat dapur..huk..huk..huk

24 Mei 2009..Yani di SMKRPB Ipoh

Dengan Alyani di Ipoh. Tengah tu kawan Alyani. Nadia.Asal Selangor. Sekarang menetap di Tapah..

Jamuan masa 1 Mei

Bukan sambut Hari Pekerja, tapi hari jadi ayah..he..he makin tua la tu..Ramai..Opah, Maklong, Makngah, Maklang, Makyam.Yg lain tengah ambik makanan tak nampak. Pakteh ada kenduri di rumah mentua.CikMa tak dtg sebab sakit kaki..maksu di Shah Alam. Pakndak di Teluk Intan.

Ruang 1: Ayah dengan semua kerjanya..

Ha..ni le ruang tempat ayah dok memerap dengan komputernya, blognya, laman web nya, kerja grafiknya, kerja sekolahnya..kadang umi tidur pun rasa macam nak baling bantal aje kat ayah tu..kadang - kadang sampai dinihari.. nasib baik le dalam bilik tidur..

Saturday, May 23, 2009

Seronooknye Ayah kutuk Ummi..


Hari ini Ayah tu bukan apa. Demam dok dalam bilik aje..Lepas tu Ayah mesti geram sebab di dapur dok bunyi kreek..krook..kreek..krook.Ayah pun keluar bilik terus ke dapur. Mak ooi..Ayah punyalah kutuk Ummi..Ayah kata dah 46 tahun Ayah hidup, ni la baru sekali Ayah tengok orang kilatkan buntut kuali..sampainya hati Ayah..Tapi Ummi tak marah..cuma nantila akan sampai giliran Ayah pulak..

Kesian Ayah..demam..

Khamis Ayah pergi Teluk Intan. Hari Guru. Masa tupun Ayah dah nampak tak berapa sihat. Tapi gagahkan diri pergi juga. Naik bas. Sampai di sana, hidung Ayah makin teruk kata nya. Nak telefon Pakndak di Teluk Intan. Nak suruh beli ubat. Handphone Ayah pulak habis beteri. Ayah kata di Teluk Intan panasnya teramatlah terik.. Balik rumah lepas Isya', Ayah terus tumbang. Demam. Hari ini, nampak ayah sihat sikit. Begitulah.Ayah jarang sakit. Kalau sakit tiba - tiba saja. Sembuhpun cepat.
Cuma petang tadi Ayah dah minum dan lepak dgn kawan - kawan dia di Medan Takong..tu kira dah sembuh le tu..

Monday, May 18, 2009

Ustaz n The Gang

Ustaz Ultraman n The Gang ... Nak tunjuk terror kat Fathihah la tu.. Nanti cakap kat mama Fathihah

Slmt hari guru: Ustaz dgn Cikgu Yati

Seronok le Ustaz tu bagi hadiah hari guru kat Cikgu Yati.. Tak nak cium pipi cikgu ke..

Ulang Tahun Perkahwinan ke - 18

Kata Umi:
Umi seronoknya pagi2 lagi Ustaz dah ucap slamat , ye lah ustaz yg muda dah peka pekara2 macam tu. Abang malu2 tp ucap juga. Kakak phone. Dya.. tak sempatkot tp umi n ayah tahu dya ingat. Umi bahagia anak2 begitu hargai umi n ayah. Ayah amat memahami umi n kasih syg ayah subur slalu dalam diri. Tq ayah atas segala kebahagiaan yang kita kecapi kini.
Kata Ayah:
18 Mei U/tahun Perkahwinan Ayah nUmi ke -18. Tk atas ingatan dan ucap selamat dpdanak - anak. Umi tu sampai la ni tak ngaku kata Umi le yang mula2 'tackle' Ayah. Ayah kan dulunya smart lagi..bagaimanapun bahagianya Ayah dapat Umi yang cantik n anak2 yg sihatnya...comelnya..cutenya.. banyak ragamnya..

Sunday, May 17, 2009

Bersama Bonda..

Terima Kasih, kerana bonda penuh dengan kasih sayang..

Ayah Naruto..

Tengok jari Ayah kat atas kepala Ummi tu..dah terikut Ustaz dengan i-Cad le tu..minat Naruto juga le..

Kunjungi Dhiya di Ipoh..berkelah lagi

Masa pi kunjungi Dhiya di SMKRP Bainun. Adalah kesempatan berkelah di Ipoh. Sempat lagi Ustaz tu..tapi tak dah le jadi Naruto dan Ultraman..

Jadilah warga yang berjasa..




Warga yang setia..

Ni..masa Ustaz ambil bahagian Pertandingan Baca Rukunegara di SK Mahkota Sari..tapi gambar yang Ummi ambil latar belakang sekolah..jadi Ayah dah editkan..cantik kan..

Atie di 4 KA3 2008 SEMETRIK


Bangganya Ummi dan Ayah..bila jumpa Cikgu sealu beritahu, kakak ni baik. Insan yang baik dan berdisiplin Insyaallah akan berjaya..tetapi kejayaan datang dengan usaha gigih. Lebih penting solat jangan tinggal..terima kasih Cikgu

Atie di Semetrik..


Bila berkawan, penting untuk Atie hormati rakan. Jaga tingkah laku dan tutur kata bersama kawan. Jemput le kawan - kawan tu ke rumah. Ummi masakkan.SPM tahun ni..belajar rajin - rajin..

Yang ni baru betul bergaya..

Tepuk amai - amai.. menari teng - teng pun boleh..ni Ayah yang tambah ni..mana nak boleh lawan Ayah, asyik kutuk cara Ummi pukul ping - pong tu..
...corner baring.. Ayah kata: phuyooo..

Ha..tengok..kan Ummi ada gaya. Kemahiran bola jaring dalam ping - pong.Kenapa la tak terpilih wakil negara dulu nya..
Ayah kata : tuju cicak ke..

Gaya 1

Yang ni..kalau bab bergaya.. iyalah, dari kecik lagi dok jaga makan, tu yang nampak tulang tu..kalau tak dah tentu jadi Abang dangan Ustaz...Kakak pun sejak dok asrama, Ummi nampak kurus le sikit..

Cuti Famili@Melaka Dis 2010

Cuti Famili@Port Dickson Dis 2010